Entry kali ni mama khaskan untuk seseorang yang istimewa..
-
-
-
-
-
-
taraaaa....
#limited edition.. tak jual yeee..sorry...😘
dah hampir 7 tahun kami kenal.. perkenalan yang membawa kami ke jinjang pelamin...
121010...tarikh yang memang kami ingat sampai bila2.. kadang2 tarikh lain mama selalu confuse..
tapi tarikh ni In Shaa Allah memang xboleh lupa...
perkenalan yang singkat, bukan bertahun tahun bercinta.. percaturan Allah itu memang dah cantik..
01.05.2011 bertunang, 23.10.2011 kami naik pelamin...
pernah dengar tak..bercinta bagai nak rak, last2 kawin dengan orang lain...hehehe.. kami lah tu..
sesungguhnya jodoh & pertemuan tu memang Allah dah tetapkan..Alhamdulillah..syukurrr..
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan dia sebagai teman hidupku..
Dia yang selalu bersabar dengan kerenahku, yang sentiasa cuba untuk menunaikan apa sahaja kehendakku dan anak-anak..
yang menjadi tempat kami bermanja & bergantung..yang selalu buat kami rasa selamat, yang selalu buat kami gembira..
terkadang aku alpa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, terkadang terbit rasa tidak puas hati..maafkan mama sayang andai selalu mengguris hatimu..
Mama tak dapat bayangkan macam mana kehidupan mama kalau papa takde disisi..
LOST... yes totally LOST maybe.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
PJJ sekejap time dalam pantang pun tak sanggup.. inikan pula kalau duduk berjauhan..
Sayangku SAHKIRIN BIN MOHD SAH.. terima kasih atas segalanya..
terima kasih kerana menjadi teman yang setia..
Andai mama pergi dulu, didiklah anak- anak kita sesempurna yang boleh, jangan kurang walau sedikit pun kasih sayang buat mereka..
semoga kita sekeluarga akan disatukan kembali di syurga..
💖K.A.M.I 💖
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Salam Sayang,
MAMA
💖💖
No comments:
Post a Comment